Sunday, December 20, 2009

Menggulung Tempat Tidur


Mengapa Rasulullah menyuruh Saiditina Khadijah menggulung tempat tidurnya? Mengapa tempat tidur? Kenapa bukan permaidani ataupun tikar tempat duduk? Kenapa?? Inilah yang menjadi persoalan dalam benak pemikiran aku.

Lagi sekali sasaran aku ialah ustaz-ustaz yang aku kenal, ya lah, nak tanya siapa lagi, tak kan nak tanya anak aku yang berumur setahun setengah tuh. Atau tok sami yang dok jaga tokong kat kuil.

Kawan baik aku, Encik Isa pernah berdiskusi panjang tentang sirah dan program dakwah nabi dan para sahabat. Akhirnya aku temui jawapan bagi menenangkan hati dan perasaan aku.

Syarat utama seorang pendakwah, yang ingin menyampaikan risalah Islam, yang mahu melihat Islam menjadi agama anutan seluruh manusia dan jin di dunia ini; tidak lain dan tidak bukan melepaskan kesemua kenangan dan keselesaan dunia. Kenapa? Tak bolehkah berdakwah tetapi pada masa yang sama menikmati keselesaan kehidupan apatah lagi dengan kesenangan dan kemewahan pada hari ini yang boleh diperolehi hanya dengan bercakap mengenai Islam sambil dudukdi ataskerusi empuk.

Mengapa perlu dikorbankan keselesaan? Mengapa tempat tidur? bagi aku tempat tidurlah paling selesa bagi aku. Ada tilam empuk, ada air-cond ada bantal,selimut dan bermacam-macam keselesaan lagi. Tanpa tempat tidur, maka aku tidak akan beroleh rehat yang cukup sepanjang malam...

Nah...situlah jawapannya...Hari ini Ustaz Zaharuddin dalam Harian Metro dalam ruangan An Nur menulis tentang 'Dugaan Pendakwah'. Bagimana beliau menyentuh individu yang sering kecundang apabila menggunakan medium politik, melalui jawatan,pangkat, penulisan dan lain-lain untuk menyampaikan dakwah.

..bersambung...

Wednesday, December 9, 2009

Dakwah




Inilah perkataan keramat yang aku dengar  sejak aku mula mengenal dunia. Dulu masa aku kecil (6-10 tahun), apabila disebut dakwah atau ‘orang dakwah’ aku mula terbayangkan lelaki berserban dan berjubah. Manakala perempuanya berjilbab gelap, tutup muka atau sebahagian muka.

“Pak Su hang tu orang dakwah ka?” . itulah pertanyaan dari kawan-kawan sepermainan aku bila mereka mengetahui tentang bapa saudara aku sebelah ibu, jika dia balik kampong.

Abang aku pula digelar ‘Haji Moden’, bila dia mula memakai serban diusia belasan tahun. Emmm. Semua itu cerita lama…

Hari ini aku terbaca di dalam akhbar, Dr. Asri Zainal Abdidin akan meneruskan usaha dakwahnya di tempat- tempat hiburan (Sinar Harian mukasurat 4, 9 Dis 2009).

Beberapa tahun ini aku banyak bertukar-tukar fikiran dan membaca berkaitan erti sebenar dakwah, namun aku tak pasti mana satu jawapan yang betul. Pendapat seoarang ustaz berlainan dengan ustaz yang lain. Pandangan oarang awam seperti lagi lagilah berlainan..justeru mana jawapannya…

Maka teringat aku akan sirah junjungan besar kita  Kekasih Allah Muhammad (SAW). Inilah paling baik bagi aku sebagai orang awam memahami persoalan yang timbul. Dengan melusuri sirah dan perjuangannya maka kita akan diberi faham oleh Allah dengan izinNya.

Apakah benda yang pertama sekali dilakukan oleh Nabi kita apabila mula-mula menerima wahyu di gua Hira’? Peristiwa ini diceritakan kepada aku oleh Ustaz Abd Halim Nasir ( guru agama yang mengajar di surau berdekatan rumah aku  ). Benda yang mula-mula sekali nabi buat ialah menggulung tempat tidurnya. Apakah maksud ‘menggulung tempat tidur ini’ ?

Thursday, November 12, 2009

Kemuliaan Wanita


Emmm...begitulah bunyinya tajuk satu senarai berkaitan kemuliaan seorang wanita dalam sekeping kertas di atas meja aku hari isnin 2, 3 hari lepas. Semua senarai itu berdasarkan beberapa petikan kata-kata murni yang diambil dari pelbagai sumber. Sekali imbas macam petikan hadis? tapi tak ada disandarkan pada mana-mna hadis sahih. Ada seperti petikan kata-kata hikmah dalam buku-buku kaunseling, dan ada yang seperti petikan cerita kisah dan tauladan.

Kalau ada senarai berkaitan Kemuliaan Wanita, mesti ada senarai berkaitan Kemuliaan Lelaki? Apa bezanya seorang wanita yang mulia dengan lelaki yang mulia? Emmm...

Aku cuba mengingati kembali artikel-artikel ataupun kuliah -kuliah yang aku baca dan hadiri bagi menjawab persoalan yang bermain difikiran aku.


Teringat aku dalam satu kuliah agama yang aku hadiri setahun dua yang lalu. Berkaitan dengan sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad di dalam sebuah hadis; aku tak tahu kesahihan hadis ini, antaranya membawa maksud,.."Jika dibenarkan oleh Allah bagi manusia untuk menyembah manusia, maka si isterilah yang akan disuruh menyembah suaminya..."

Aku juga teringat akan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Aishah sekitar tahun 1990-an dahulu yang beryajuk `Syurga Di Bawah Telapak kaki Ibu'.

Masya Allah, hebat sungguh akan kejadian Mu ini, Ya Allah.

Kedua-duanya adalah manusia, makhluk ciptaan Mu. Insaya Allah..aku akan cuba mencari kepastiannya...

Tuesday, November 10, 2009

Siapa aku....

 

Aku dilahirkan 40 tahun yang lalu...emmmm dah tua dah, disebuah kampung yang diberi nama Permatang Tinggi B, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dilahirkan kat rumah Tok Wan aku...no 1110. (Sekarang dah jadi rumah Cikgu Zainon Janggut) bekas cikgu disiplin SDHAK.

Selepas 20 tahun aku dilahirkan, aku mula merantau.. mula mula Kuala Lumpur..bermula tahun 1990 hingga 1993..banyak pengalaman yang aku dapat di sini..Bak bait-bait lagu Senyumlah Kuala Lumpur oleh Kumpulan Alleycats..."Terimakasih..ku ucapkan..Ohh kepada mu, Kuala Lumpur..kerna kau telah temukan..cinta antara kami berdua...."..

Kemudian aku ke Negeri Jelapang Padi..Kedah, bermula 1993 hingga 1999...
Seterusnya aku mengembara lagi ke Tanjong Malim, Perak bermula tahun 1999 hingga 2006..fuhh lama la jugak...

Kini aku kembali ke daerahku, negeri tempat tumpahnya darahku..Pulau Pinang..

Bersambung....