Bunyinya macam lagu sebuah kumpulan indie. Sedap juga. Bila diamati betul betul liriknya berkisar tentang pesanan seorang kekasih yang meminta agar lagunya disimpan sebagai kenangan bila dia meninggal kelak. Romantis sungguh bait-bait lirk lagu ini. Melodinya pun sedap. Tulisannya cukup jujur. Tetapi hakikatnya....
Aku bertanya pada diri aku sendiri, sejauh mana boleh aku berpesan kepada isteri aku andainya bila aku sudah tiada nanti ? Aku tak ada lagu romantis yang aku ciptakan khusus buat isteri. Lagu sekolah adalah. Setakat ni dah lebih lima buah sekolah menyanyikan lagu aku pada pagi hari perhimpunan sekolah...
"Wahai isteri, bila aku sudah tiada nanti, jagalah dirimu dan diri anak anak kita dengan sebaik-baiknya", bisik aku pada isteri pada suatu pagi. Isteri aku memang dah biasa dan faham dengan cara aku menyampaikan maksud hati. Dia membalas dengan senyuman yang sungguh manis tetapi dengan dahi yang sedikit berkerut. Aku pun membalas senyuman itu. Sudah 16 tahun usia perkahwinan kami. Masak benar dia akan perilaku dan tatacaraku.
"Kalau saya mati dulu ? ". Alamak, soalan yang dijawab dengan soalan yang lebih maut. Inilah salah satu cara orang perempuan nak memerangkap lelaki dengan menimbulkan situasi yang sama. Aku cuba bersikap jujur walaupun aku tahu bukan semua perempuan suka kepada sebuah jawapan yang jujur.
Kematian adalah titik noktah kepada sebuah kehidupan. Full stop kata orang kampung aku. Hakikatnya ramai yang tak tahu apa yang disebalik kematian. Kononnya roh akan kembali melawat rumah dalam masa 100 hari, roh yang tak tenteram dan banyak lagi cerita-cerita sensasi berkaitan alam roh disebarkan secara meluas TANPA bukti yang cukup jelas. Maksud sebuah hadis sahih ; 'Jika mati seseorang anak adam itu maka terputuslah segala amalannya kecuali 3. Anak yang soleh, ilmu (yang diajar) yang memberi bermanfaat dan harta benda yang disedekahkan kepada jalan Allah.
"Wahai isteri, apabila aku sudah tiada, antara kita sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi. Yang tinggal hanya kenangan manis dan anak-anak hasil perkongsian hidup kita. Ingat sayang, diri kita bukan hak milik sesama makhluk, tetapi anugerah Allah kepada kita. Kehidupan harus diteruskan. Andainya ada keperluan untuk kau bersuami lagi, teruskan... itu adalah terbaik dari mengelak fitnah. 16 tahun berlalu dengan pelbagai panduan dan nasihat yang aku curahkan...dan aku amat yakin isteriku boleh mengharungi kehidupan ini dengan sebaik-baiknya. Didiklah anak-anak kita menjadi anak yang soleh, agar dapat mereka mendoakan aku dan engkau kelak."
No comments:
Post a Comment